MCO 3.0: Sektor Pembinaan Dibenarkan beroperasi bermula 16 Ogos 2021 Kerajaan membenarkan semua aktiviti tidak perlu (non-essential) dalam sektor-sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian kembali beroperasi bermula 16 Ogos 2021 di negeri Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kapasiti pengoperasian adalah bergantung kepada kadar vaksinasi lengkap pekerja. "Bagi kadar vaksinasi lengkap pekerja yang sudah capai 80 hingga 100 peratus, kapasiti pengoperasian yang dibenarkan adalah 100 peratus. "Untuk kadar vaksinasi antara 60 hingga 79 peratus, kadar pengoperasian dibenarkan pada tahap 80 peratus, manakala bagi kadar vaksinasi lengkap antara 40 hingga 59 peratus, mereka dibenarkan beroperasi pada kadar 60 peratus," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Beliau berkata, kerajaan faham keputusan itu akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai
View more