Vaksin Untuk Pekerja Sektor Pembinaan Perlu Diutamakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menawarkan vaksinasi Covid-19 untuk 40,000 pekerja dalam sektor pembinaan bagi mempercepat kadar vaksinasi barisan hadapan ekonomi. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu telah dipersetujui Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) selepas menerima cadangan pelaksanaan program vaksinasi sektor berkenaan pada 14 Jun lepas. “Melalui program ini, pihak swasta perlu menyediakan dan membiayai sendiri pasukan petugas dan pegawai perubatan bertauliah serta pusat pemberian vaksin (PPV), manakala bekalan serta penghantaran vaksin akan diberikan secara percuma oleh kerajaan. “Dalam hal ini, CIDB akan menyelaras dan memudah cara pelaksanaan program pemberian vaksin ini bagi pihak industri pembinaan. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan CIDB dalam membantu penggiat industri pembinaan terutamanya pada waktu yang mencabar ini,” katanya dalam
View more