Bagaimana Pandemik COVID Akan Mengubah Industri Pembangunan Terdapat tiga cara utama COVID telah mengubah cara kita menjalani kehidupan seharian dan bekerja yang akan mempengaruhi susun atur seni bina dan bangunan: Penjarakan sosialSanitizationSistem bekerja dari rumah (WFH) Penjarakan Sosial Kebanyakkan syarikat telah menggunakan konsep terbuka (open concept) dalam susun atur dan reka bentuk di tempat kerja. Konsep ini lebih digemari dan menjadi sinonim untuk menunjukkan pendekatan moden dan pemikiran maju syarikat tersebut. Namun begitu, penjarakkan sosial akan menyebabkan konsep terbuka ini tidak lagi releven. Disebabkan COVID, penjarakkan sosial telah menjadi sebahagian dari kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, syarikat akan mula mengubahsuai susun atur tempat kerja dengan menambahkan 'plexiglass' dan pintu untuk memisahkan pekerja dan pelanggan. Syarikat juga akan memastikan terdapat ruang yang cukup mengikut jarak yang ditetapkan untuk menjaga kesihatan semua.
View more