Jentolak ("jentera tolak") atau bulldozer adalah sejenis traktor berlandasan logam dilengkapi dengan plat logam besar yang digunakan untuk menolak sejumlah besar tanah, pasir, puing-puing, atau bahan lain sewaktu kerja pembinaan. Badan belakangnya biasanya dilengkapi dengan alat cakar (dikenali sebagai riper) untuk melonggarkan bahan yang padat. Jentolak boleh didapati di pelbagai tapak, lombong dan kuari, pangkalan tentera, kilang-kilang industri berat, projek kejuruteraan serta ladang. Jentolak sering kalinya bersaiz besar dan kuat. Trek membolehkannya mencengkam tanah dengan baik untuk bergerak di atas permukaan yang kasar. Roda logamnya boleh membantu mengagihkan berat jentolak (mengurangkan tekanan tanah), agar dapat mencegahnya daripada tenggelam di tanah berpasir atau berlumpur. Ia mempunyai sistem penghantaran (transmission system) yang direka untuk mempergunakan sistem landasan menghasilkan daya tarikan yang sangat baik. Disebabkan ciri-ciri ini, jentolak sering digunakan untuk pembinaan jalan, pembinaan am, perlombongan, perhutanan, pembersihan tanah, pembangunan infrastruktur, dan apa-apa projek lain yang memerlukan peralatan penggerakkan tanah yang sangat
View more