Kad Hijau CIDB Kini Ditambahbaik Dengan Construx Syarikat teknologi kewangan tempatan, Bayo Pay (M) Sdn Bhd (Bayo Pay) memperkenalkan platform pembayaran gaji digital Construx bagi memudahkan pembayaran gaji buat majikan dalam sektor pembinaan. Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, sistem baharu itu akan digunakan semua kontraktor dan pekerja pembinaan yang telah mendaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) secara percuma. Melalui platform itu, syarikat pembinaan kini boleh menguruskan pembayaran gaji pekerja mereka secara terus ke Kad Pendaftaran Personel Pembinaan CIDB (Kad Hijau CIDB) dan aplikasi dompet mudah alih Construx. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelancaran ciri tambahan yang diintegrasikan dengan Kad Hijau CIDB itu adalah tepat pada masanya.“ Ia juga seiring dengan adaptasi norma baharu urusniaga tanpa tunai dan selaras hasrat kerajaan menuju ke arah
View more