KKR Isu Lebih 100 Surat Setuju Terima untuk Projek Pembinaan
Sebanyak 108 surat setuju terima (SST) bagi projek pembinaan yang diluluskan kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada syarikat yang terlibat setakat bulan November ini.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, usaha tersebut selari dengan sasaran untuk menyerahkan 120 SST kepada syarikat terlibat dalam tempoh 100 hari pencapaian kementerian itu.
Katanya, ia merupakan usaha kementerian dalam melaksanakan agenda pemulihan ekonomi bagi sektor pembinaan terutama meningkatkan infrastruktur rakyat.
“Penyerahan SST ini memainkan peranan penting bagi menggerakkan kembali ekonomi negara melalui projek pembinaan yang akan diberi kepada kontraktor peruntukan itu akan turun dan dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.
“Malah, ia juga memberi ruang ekonomi kepada pembekal sektor pembinaan termasuk konsultan, peguam, pihak bank dan akhirnya akan meluaskan ruang pekerjaan dan ekonomi yang akan memberi impak pembangunan kepada negara,” katanya.
Sumber Artikel: Sinar Harian
____________________________________________________________________________________________________________
Dengan lebih 600+ pembekal jentera berat di Malaysia, pihak profesional kami boleh membantu anda untuk mencari jentera yang sesuai untuk disewa / dibeli dengan MUDAH. Kami memberikan kosultansi secara PERCUMA, anda kini boleh menyewa / membeli jentera berat tanpa keraguan lagi!
Untuk melihat jentera berat yang tersedia untuk beli, layari laman kami disini.
Untuk menyewa jentera berat, isi maklumat ringkas anda disini, kami akan hubungi anda dengan sebut harga secepat mungkin!