Kisah Benar! Hati-hati Dengan Penipuan Jual Beli Jentera Berat
Penipuan jual beli jentera berat bukan lah asing sekali, sudah banyak media yang mengeluarkan berita seperti ini. Jangan salah sangka, penipuan jual beli ini tidak semestinya hanya kes penjual lari atau penjual tidak memberikan jentera setelah pembayaran dibuat. Ia juga boleh melibatkan kes penipuan alat bahagian dalaman yang diganti dengan alat lain, lama atau rosak.
Berikut merupakan kisah benar yang dikongsi oleh salah seorang pelangggan kami baru-baru ini. Beliau berasal dari Perlis dan ingin membeli sebuah jentera terpakai. Setelah membuat tinjauan online, beliau telah memilih sebuah jentera terpakai dari pembekal di Kuala Lumpur. Selepas membuat pemeriksaan jentera di tapak, beliau bersetuju untuk meneruskan urusniaga dan membuat pinjaman dari bank. Apabila pinjaman telah diluluskan, beliau kembali ke lokasi pembekal untuk mengambil jentera tersebut dan beliau menyedari bahawa alat bahagian dalaman telah ditukarganti dengan alat lama. Oleh kerana perjanjian telah dibuat, beliau terpaksa membeli jentera lain hanya untuk menamatkan urusan jual beli tersebut. Semoga anda mengambil iktibar dari pengalaman ini dan jangan jadikan diri anda mangsa penipuan jual beli.
Membeli jentera berat terpakai dari pembekal yang tidak dikenali kadangkala dapat membuahkan hasil, tetapi ada kemungkinan besar pembeli akan kehilangan wang dari banyak faktor yang tidak dapat dijangka. Berikut adalah beberapa tips untuk membeli jentera terpakai dengan selamat dan untuk mengelakkan ditipu atau kehilangan wang:

Bahagian paling sukar dalam proses pembelian barang terpakai adalah untuk mengesahkan pembekal tersebut. Oleh itu, tips yang paling mudah adalah: beli atau sewa jentera melalui Popmach! Antara kelebihan berurusan melalui Popmach, kami mempunyai lebih 600 pembekal yang telah disah dan boleh dipercayai. Anda tak perlu lagi ragu-ragu untuk kehilangan wang atau ditipu. Bak kata pepatah ‘Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna’, buatlah keputusan yang bijak!
Eksklusif kepada pelanggan yang ingin membeli jentera baru, terpakai atau reconditioned, kami ingin memberikan pulangan tunai sehingga RM500 untuk setiap pembelian! Baucar pulangan tunai ini boleh diguna pakai pada bila-bila masa sepanjang tempoh setahun jadi jangan lupa untuk tebus baucar dari kami!
Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Kaw Kaw Cashback, sila klik sini.
Untuk tebus baucar pulangan tunai, sila klik sini.
Tips diterjemahkan daripada : Construction Online Reviews