Jimat Berganda dengan Kaw-Kaw Cashback
Kami memahami bahawa banyak pelanggan dan pembekal kami berada dalam keadaan sukar pada masa ini dengan kawalan pergerakkan yang berterusan, ditambah pula dengan pelbagai ketidakpastian di dalam industri. Satu perkara yang pasti, kami ingin melakukan yang terbaik untuk membantu pelanggan dan pembekal kami dengan memberikan lebih banyak nilai dan perkhidmatan yang hebat. Oleh itu, kami dengan sukacita ingin memperkenalkan kempen Kaw-Kaw Cashback, eksklusif untuk pelanggan yang ingin membeli mesin dalam tempoh ini! Pelanggan kini dapat menikmati pulangan tunai sehingga RM500 * untuk setiap mesin yang dibeli dalam tempoh 1 tahun!
Terma & Syarat
- Popmach Kaw-Kaw Cashback (“Kempen”) ini dianjurkan oleh Popmach Malaysia (“Popmach”)
- Kempen akan bermula dari 9 Julai 2021 hingga 9 September 2021 (“Tempoh Kempen”), termasuk kedua-dua tarikh kecuali diberitahu sebaliknya.
- Kempen ini terbuka kepada semua yang menetap di Malaysia
- Untuk sertai Kempen ini;
- Peserta perlu memberi komen ‘PM’ pada ruang komen di Facebook kami sepanjang Tempoh Kempen. Popmach tidak akan melayan penyertaan setelah Tempoh Kempen berakhir
- Setelah dihubungi melalui Facebook Messenger, peserta perlu meninggalkan nombor Whatsapp mereka untuk tindakan selanjutnya
- Wakil Popmach akan menghubungi peserta melalui Whatsapp untuk pengesahan
- Wakil Popmach akan berkongsi Katalog Mesin dan Baucar Pulangan Tunai dengan kod unik
- Syarat umum untuk Baucar;
- Baucar hanya boleh digunakan untuk pembelian mesin daripada Katalog tersebut sahaja
- Baucar ini sah selama 1 tahun daripada tarikh dikeluarkan
- Baucar ini hanya layak untuk transaksi yang berjaya diterima oleh Popmach dan hanya untuk satu pembelian mesin sahaja
- Baucar tidak boleh dipindah milik. Setiap kod unik adalah untuk nombor telefon masing-masing
- Pulangan wang tunai akan dikreditkan 1 minggu selepas penghantaran mesin
- Setiap pelanggan hanya layak mendapat satu (1) Baucar bernilai:
Nilai Baucar Pulangan Tunai | Jumlah Transaksi Pembelian |
RM100 | Below RM100,000 |
RM200 | RM100,001 – RM300,000 |
RM300 | RM300,001 – RM500,000 |
RM500 | Above RM500,000 |
- Syarat umum untuk Katalog Mesin;
- Katalog akan menampilkan mesin dari Pembekal Rasmi Popmach yang disahkan
- Katalog akan menampilkan jentera baru, terpakai dan reconditioned yang tersedia untuk pembelian
- Katalog akan dikemas kini setiap bulan untuk jangka masa 1 tahun untuk menampilkan mesin terkini
- Katalog akan dikongsi kepada pelanggan pada awal setiap bulan untuk jangka masa 1 tahun
- Spesifikasi mesin yang disenaraikan dalam Katalog adalah tepat. Maklumat lebih lanjut boleh diminta melalui Whatsapp
- Popmach boleh mengubah terma dan syarat Kempen ini tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Popmach boleh menarik diri atau menghentikan Kempen pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu dan tanpa menanggung sebarang tanggungjawab
- Penentuan Popmach untuk semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad dan sekiranya terdapat ketidakkonsistenan antara Terma dan Syarat Kempen ini dan / atau bahan pemasaran atau promosi yang berkaitan dengan Kempen ini, Terma dan Syarat Kempen ini akan digunapakai terlebih dahulu
Untuk tebus baucar pulangan tunai, sila klik sini.
Comment (02)